Saturday, February 14, 2009

Tutor untuk anak-anak yatim

Assalamualaikum / Salam Sejahtera ..

Buat semua warganegara Malaysia. Saya mencari sukarelawan yang boleh membantu rumah2 kebajikan / anak yatim / rumah orang tua.

Terdetik saya nak buka blogspot nie sebab secubit di hati nak membantu orang yang tidak bernasib baik. Mungkin bukan dengan duit tetapi tenaga 4 kerat yang kita ada. Kadang-kala kita tak tau macam/dimana nak tolong.

Buat Masa sekarang saya nak mencari sesiapa yang boleh menjadi sukarelawan tutor untuk rumah2 anak yatim. Bagi sekolah rendah dan menengah. Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya akan cuba mencari rumah anak2 yatim yang terdekat yang boleh anda bantu. Mungkin 2 jam dalam seminggu / sebulan .. terpulang kepada anda.

Dari semasa ke semasa saya akan hubungi rumah2 anak yatim dan kenal pasti diperlukan oleh mereka.

Saya memerlukan maklumat para sukarelawan yang mahu membantu:

Nama:
Alamat:
No Tel:
Subjek yang boleh diajar / sekolah rendah atau menengah:
No Tel:
Email:

Anda boleh hantar maklumat anda ke gadislang@yahoo.com . Sila letakkan subjek email anda seperti ini.. 'Tutor untuk anak-anak yatim'

Sebarang pertanyaan boleh juga emailkan ke email ini. Sila letakkan subjek email anda seperti: 'Pertanyaan: Sukarelawan Malaysia'


Marilah sama membantu saudara-saudara kita. Walaupun sedikit pertolongan memberi erti pada mereka yang memerlukan.

'Kukuhkan Kekuatan Bangsa'

Terima Kasih,
Ila

2 comments:

  1. usaha murni ni xkan tercapai kalu kite sume xberganding bahu..meh sama2 kite bekerjasama ek..
    :P
    go ila..

    ReplyDelete
  2. sy sngt berminat dengan aktiviti ni. masih available? :)

    ReplyDelete