Thursday, February 19, 2009

Tuisyen : Rumah Anak Yatim Penang

Salam semua,

Rupa-rupanya x semudah hanya call rumah anak yatim dan terus boleh wat tuisyen .. hehehehehe .. sini saya start dl dgn penang sebab saya yang akan buat tuisyen kat sini dengan kwn2 yang dah mendaftar untuk penang. Untuk negeri lain sila tunggu dan kita akan bincang pasal tue..

okies .. berbalik kepada hal tuisyen tue .. saya dah call rumah anak yatim tp diaorg suruh buat surat rasmi dan hantar kepada pengurus rumah anak yatim tersebut .. saya dah hantar surat tersebut dan kita tunggu saja respon dari rumah anak yatim berkenaan ..

Pada kawan-kwan yang berada di penang .. sesiapa yang berminat leh join .. kita cuma ada beberapa orang je sekarang .. belum cukup ..

Untuk negeri lain .. teruskan mendaftar .. kita memerlukan beberapa orang bagi setiap rumah anak yatim untuk beberapa subjek .. yang dah ada tutor ialah bg rumah anak yatim kat johor, pahang dan KL.. negeri lain kita masih menunggu ..

Sunday, February 15, 2009

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum ..

Saya rasa ni bukan pembuka kata dah pun .. dah terlebih kata ... saya bersyukur sesgt sebb baru sehari je create blog nie ramai dah yang view.. memang ramai yg berminat untuk kerja kebajikan tetapi x tau cara .. bila dah diberi sedikit laluan .. membuka mata hamba-hamba Allah yang baik hati .. TERIMA KASIH saya ucapkan pada semua sukarelwan yang dah bagi nama kat saya .. yang berminat cepat2 bg nama .. or kalo ada kwn2 yg berminat amat-amat dialu-alukan

Nape saya terpk nak buka blog nie .. hehehehehe .. saya memang kaki biz .. tapi still keja kat utara ..biz utk masa terluang ja :):) (tp diingatkan di sini, blog ini untuk kerja kebajikan sahaja.. jgn campur adukkan biz dan kerja2 baik yg kita lakukan disini) .. :):) .. kalo untuk tujuan derma or apa saja .. itu boleh dipertimangkan ..

Berbalik pada cite saya .. sekrg sy bnyk masa free , x leh dok diam org tua2 kata .. punya la boring ya amat2 .. x tau nak wat apa .. pk mcm2 nak wat keja part time (cari duit lebih) .. apa2 saja la .. tuition la and so on .. pikiaq punya pikiaq .. x tau mcm mn terdetik .. 'selain wat part time nak cari duit .. x dak kerja lain ke boleh buat' .. pikiaq lagi .. kalo dihitung masa smpi umur sy yng lbh suku abad nie (cuba teka.. hehehe) .. terlalu sikit sy gunakan badan 4 kerat ni kearah membantu org yang memerlukan .. ALLAH MAHA KUASA DAN MAHA KAYA .. terlalu bersyukur kerana Allah memberi akal fikiran dan terdetik melakukan sesuatu yg amat berhrga selain mencari kekayaan dunia.. Maka tercipta la blog ini ... semua dialu-alukan kesini ..

Sesiapa yang tahu rumah anak yatim / rumah org tua yg berdekatan mereka x kira la persendirian atau bwh JKM .. boleh emailkan pada saya .. kita sama-sama jayakannya .. spend la bnyk mn pun ms anda dgn ikhlas hati ... x kira bangsa atau agama atau politik dan sebagainya tp tujuan utama disini untuk membantu yang memerlukan ... kita perlukan sukarelwan untuk semua negeri .. Mari semua ... Mari Mari

Para sukarelawan yang mempunyai idea yg bernas mungkin boleh dikongsikan bersama di sini ..

Sini dulu perkongsian saya .. to be cont:

Saturday, February 14, 2009

Tutor untuk anak-anak yatim

Assalamualaikum / Salam Sejahtera ..

Buat semua warganegara Malaysia. Saya mencari sukarelawan yang boleh membantu rumah2 kebajikan / anak yatim / rumah orang tua.

Terdetik saya nak buka blogspot nie sebab secubit di hati nak membantu orang yang tidak bernasib baik. Mungkin bukan dengan duit tetapi tenaga 4 kerat yang kita ada. Kadang-kala kita tak tau macam/dimana nak tolong.

Buat Masa sekarang saya nak mencari sesiapa yang boleh menjadi sukarelawan tutor untuk rumah2 anak yatim. Bagi sekolah rendah dan menengah. Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya akan cuba mencari rumah anak2 yatim yang terdekat yang boleh anda bantu. Mungkin 2 jam dalam seminggu / sebulan .. terpulang kepada anda.

Dari semasa ke semasa saya akan hubungi rumah2 anak yatim dan kenal pasti diperlukan oleh mereka.

Saya memerlukan maklumat para sukarelawan yang mahu membantu:

Nama:
Alamat:
No Tel:
Subjek yang boleh diajar / sekolah rendah atau menengah:
No Tel:
Email:

Anda boleh hantar maklumat anda ke gadislang@yahoo.com . Sila letakkan subjek email anda seperti ini.. 'Tutor untuk anak-anak yatim'

Sebarang pertanyaan boleh juga emailkan ke email ini. Sila letakkan subjek email anda seperti: 'Pertanyaan: Sukarelawan Malaysia'


Marilah sama membantu saudara-saudara kita. Walaupun sedikit pertolongan memberi erti pada mereka yang memerlukan.

'Kukuhkan Kekuatan Bangsa'

Terima Kasih,
Ila